PETRONAS Kad Mesra Patah dan Rosak, Ini Cara Pindahkan Kad Mesra Points Pada Kad Baru

PETRONAS Kad Mesra Patah dan Rosak, Ini Cara Pindahkan Kad Mesra Points Pada Kad Baru

Boleh katakan setiap kali isi minyak, pasti hanya kelibat stesen pam minyak Petronas yang ada. Jadi dengan itu, rugilah rasanya jika isi minyak untuk kenderaan tapi tidak "redeem" Kad Mesra Points. Banyak kelebihan yang boleh kita sebagai pengguna PETRONAS Kad Mesra yang boleh kita dapat.

Tapi bagaimana jika PETRONAS Kad Mesra korang patah atau rosak? Kad Mesra Points sudah pun banyak dikumpul. Rugilah kalau hilang macam tu sahaja. Adakah jalan penyelesaian untuk dapatkan kembali Kad Mesra Points yang lama? Sudah pasti ada.

Baca juga: Petronas Gift Card - Tak Perlu Tunai Untuk Isi Minyak Guna Kad Pun Boleh

Cara Pindahkan Kad Mesra Points Pada PETRONAS Kad Mesra Baru

PETRONAS Kad Mesra yang selalu aku gunakan sudah pun patah. Sudah semestinya tidak boleh lagi digunakan lagi jika tengok pada keadaan tersebut. Kad Mesra Points pun rasanya banyak. Rugi jika tidak dipindahkan ke kad baru.

PETRONAS Kad Mesra Patah dan Rosak, Ini Cara Pindahkan Kad Mesra Points Pada Kad Baru

Sebelum korang boleh ikuti cara yang akan ditunjukkan, pastikan korang sudah terlebih dahulu berdaftar di laman web Petronas My Mesra. Pastikan juga korang sudah pun mempunyai kad yang baru. Ambil saja di stesen pam minyak Petronas terdekat. Percuma tiada bayaran dikenakan. Cuma untuk memindahkan kad mesra points, sebanyak 150 points akan ditolak.

1. Langkah Pertama

Log masuk ID dan Password korang di laman My Mesra. Kemudian klik pada "My Account".

PETRONAS Kad Mesra Patah dan Rosak, Ini Cara Pindahkan Kad Mesra Points Pada Kad Baru


2. Langkah Kedua

Klik pada "Card Replacement". Kemudian isi maklumat pada kotak yang disediakan.


PETRONAS Kad Mesra Patah dan Rosak, Ini Cara Pindahkan Kad Mesra Points Pada Kad Baru

Selepas selesai isi maklumat nombor PETRONAS Kad Mesra yang baru dan hantar, Mesra Kad Points korang akan dikemaskini dalam masa 24 jam. Cuba lihat kembali pada "My Dashboard", maklumat kad yang baharu sudah dikemaskini dan diikuti dengan points apabila sudah melepasi tempoh 24 jam. full-width

Catat Ulasan

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

Terbaru Lebih lama