Upgrade Motor - Selamat Tinggal Honda Dash Repsol


Kini sudah pun masuk bulan Jun 2018. Pada saat dan ketika ini aku sudah masuk hampir 2 tahun aku membuat perjalanan pergi dan balik ke tempat kerja sejauh 200 KM setiap hari. Penat? Memang tersangat penat. Tapi bila dah lama, rasa penat tu dah tak rasa sangat. Nak travel jauh setiap hari ni memang perlukan ketahanan mental dan fizikal. Syukur, aku dah lepas.

Baca: Travel Ke Tempat Kerja Sejauh 1000km Setiap Minggu Menggunakan Motorsikal

Untuk travel ke tempat kerja dari rumah, aku menggunakan motor Honda Dash 110cc. Setakat setahun lebih, sudah banyak kali motor minta untuk direhatkan. Sudah banyak kali motor "breakdown" di atas highway. Dua kali enjin terpaksa di "overhaul". Akhirnya aku membuat keputusan untuk "upgrade" motor yang CC nya lebih besar.

Baca: Kos Penyelenggaraan Motorsikal Setiap Bulan

Superbike? Oh tidak! Itu seperti menjerit leher sendiri. Harga hanya mampu tengok. Itu belum lagi dari segi kos selenggara. Lebih mahal dari kereta rasanya.

Aku bercadang untuk beli motorsikal yang mempunyai 150cc. Antara motor yang dalam lingkungan tersebut ialah Yamaha FX150i, Honda RS150, dan Yamaha Y15. Ini antara tiga motor yang aku tahu. Mungkin ada banyak lagi.


Mata dan hati lebih tertumpu pada Honda RS150 kerana rekabentuk motor dan 6-speed gear membuatkan perjalanan pergi dan balik dari tempat kerja lebih "smooth" dan laju. Apakan daya, bajet yang aku tetapkan hanya sebanyak RM 5000 sahaja.

Antara tiga jenis motor yang aku senaraikan, hanya satu sahaja yang menepati bajet sedia ada. Iaitu Yamaha FZ150i. Kenapa Yamaha FX150i? Jika diteliti daripada harga pasaran, Yamaha FZ150i telah pun lama berada di pasaran. Aku target untuk mencari motor terpakai sekitar tahun 2014 - 2015.

Setelah tiga bulan berkira-kira, akhirnya aku jumpa juga motor Yamaha FZ150i yang sesuai dengan bajet aku. Walaupun agak lari sedikit dari jumlah bajet asal.


Kini sudah hampir 6 bulan aku menggunakan Yamaha FZ150i untuk ke tempat kerja. Setakat ini motor tak ada masalah walaupun usia dah mencecah 4 tahun. Tak pernah lagi rosak pada enjin. Cuma dua bulan lepas, aku terpaksa tukar satu set fork hadapan sebab melekat tak pernah diservis.

Bila dah pakai motor CC besar sikit ni sudah tentu kos minyak dan kos selenggara berbeza dengan motor asal aku iaitu Honda Dash 100cc. Kalau nak tahu lebih lanjut tunggu entri lain. Aku akan cerita secara lebih mendalam mengenai kos yang perlu ditanggung.

Catat Ulasan

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

Terbaru Lebih lama