Type something and hit enter

author photo
By On

Hari ini sudah pun seminggu selepas tayar mengalami bocor yang agak besar. Dalam seminggu itu juga, aku buat keputusan untuk buat perlindungan berganda untuk tayar yang bocor menggunakan dua kit kecemasan iaitu cacing tayar dan juga "tyre sealant". Tetapi ia tidak dapat bertahan untuk penggunaan yang lasak dan lama.

Aku hanya ada dua pilihan iaitu dengan menukar tayar baru atau pun cari kedai motorsikal yang boleh DIY untuk tampal "dalam" tayar yang bocor.

Bocor Besar, Kenapa Tak Tukar Tayar Baru?

Jika dilihat pada gambar di bawah sememangnya bocor pada tayar memang agak besar. Pilihan yang ada cuma tukar tayar yang baru. Memandangkan tayar yang digunakan masih baru dan bunga tayar masih tebal, terasa rugi pula. Kos untuk tayar belakang bersaiz 120/70 dalam RM 200 - RM 240. Memang mahal.


Selepas membuat "survey" beberapa kedai motorsikal dan kereta, akhirnya ada satu kedai yang boleh buat perkhidmatan menampal bahagian dalam tayar yang bocor. Hasil "survey" menunjukkan tidak banyak yang boleh menampal bahagian dalam tayar. Kebanyakannya mengesyorkan untuk tukar tayar baru. Mujur ada satu kedai yang boleh buat.

Proses untuk tampal bahagian dalam tayar yang bocor mengambil masa sekitar 45 minit. 15 minit yang pertama digunakan untuk buka tayar, cuci cecair "tyre sealant" dan proses mengikis.


Ini adalah pengalaman pertama bila mana tayar motor juga boleh ditampal dibahagian dalam. Selalunya kalau dulu tampal untuk tayar basikal saja. 

Inilah rupa sebenarnya "patches" atau penampal bahagian dalam tayar motorsikal. Macam rupa antena kereta pula bila tengok.



Selepas selesai buka tayar, cuci dan kikis bahagian dalam tayar. Gam khas "Volcanizing Cement for Tyre Repairs" digunakan pada "patches" dan bahagian dalam tayar yang dikikis. 30 minit (berjemur atas cahaya terik matahari) digunakan untuk gam kering.


Selepas sahaja gam kering, "patches" akan digunakan untuk menampal bahagian tayar yang bocor dan diratakan dengan rapi.




Selesai sahaja proses tampal, tayar di pam kembali dan dibiarkan beberapa minit. Kemudian pomen akan periksa kembali pada tempat yang ditampal (dibahagian luar) dengan menggunakan sabun. Hasilnya amat baik dan tiada buih sabun yang keluar pada bahagian yang sudah ditampal.

4 Comments

avatar

Bagus ni, boleh la jimat sikit...

avatar

Yes, bukan jimat sikit tapi jimat banyak.

avatar

Tayar belakang motor saya pun bocor besar. Tayar motor 17/55/180. Kalau baru harganya rm 5-600. Nak cuba kaedah tampal dalam. Dah tanya kedai2 motor tapi mereka tak tahu. Boleh beri nama kedai atau alamat tempat tampal tayar dalam motorsikal tu?

avatar

Nama kedai Kim Hin Motorcycle Service Centre. Dekat Taman Pelangi, Port Dickson.

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

Click to comment