Perlindungan Berganda Untuk Tayar Motorsikal Yang Bocor

Perlindungan Berganda Untuk Tayar Motorsikal Yang Bocor

Buat mereka yang menggunakan motorsikal ke tempat kerja, sudah pasti tidak lari daripada menghadapi masalah kerosakan motorsikal di atas jalan raya. Dengan keadaan jalan raya yang tidak rata dan mempunyai "debris" seperti paku, skru, dawai dan sebagainya adalah satu ancaman bahaya pada tayar motorsikal.

Setiap penunggang motorsikal wajib ada kit kecemasan untuk membaiki tayar bocor. Antara kit kecemasan yang perlu ada ialah cacing tayar motor dan juga "emergency tyre sealant". Kedua-dua kit kecemasan ini adalah penyelesaian pantas buat penunggang motor.

Di sini aku ingin kongsikan pengalaman menggunakan cacing motor dan tyre sealant apabila bocor pada tayar agak besar. Untuk menggunakan cacing tayar sebenarnya agak leceh sedikit kerana memerlukan tayar dipam terlebih dahulu untuk memberi tekanan apabila cacing tayar dimasukkan ke dalam lubang yang bocor. Sama ada kena bayar pam tayar mudah alih atau berhenti di mana-mana stesen pam minyak.

Cacing tayar atau Tubeless Tyre Repair Kit

Berdasarkan pada pemerhatian pada lubang pada tayar, berkemungkinan cacing yang disumbatkan mungkin tidak dapat menutup keseluruhan lubang. Buktinya apabila selepas beberapa minit membuat perjalanan, tayar mulai kempis dan cacing tayar dilihat tidak dapat bertahan untuk mengekalkan tekanan angin yang berada di dalam tayar.

Jadi aku membuat keputusan untuk menggunakan "emergency tyre sealant" untuk menutup segala ruang (bocor) yang ada pada tayar. Perlu aku tegaskan disini, penggunaan cacing tayar dan tyre sealant hanya berguna untuk kenderaan (motorsikal) yang menggunakan tayar jenis "tubeless".

Emergency Tyre SealantTetapi "tyre sealant" ini hanya boleh digunakan untuk jangka masa pendek sahaja. Ada sesetengah "tyre sealant" menetapkan kadar had laju yang boleh dibawa. Ini kerana cecair yang dimasukan ke dalam tayar boleh menyebabkan gegaran pada tayar. Selepas menggunakan "tyre sealant", tayar perlu dipam.

Setakat ini, perlindungan berganda yang aku gunakan masih lagi dalam keadaan baik. Ujian dengan air sabun juga sudah dibuat dan tiada angin yang keluar pada lubang yang ditampal bersama dengan cacing tayar dan juga "tyre sealant". Jika masalah ini berlarutan, tayar motorsikal perlu ditukar atas faktor keselamatan.

Catat Ulasan

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

Terbaru Lebih lama