Tips Keselamatan untuk Penumpang Wanita Grabcar


Grab yang sebelum ini dikenali sebagai "MyTeksi" telah diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2012 oleh Anthony Tan. Seletah beberapa tahun kemudian "MyTeksi" telah dijenamakan semula sebagai GrabCar yang menyediakan perkhidmatan "ride-hailing" dan juga "ride-sharing" yang menumpukan kepada penyelesaian pantas kepada pengguna dalam membuat tempahan menggunakan aplikasi Grab menggunakan telefon pintar.

Syarikat yang berpangkalan di Singapura ini juga telah diperkenalkan dibeberapa buah negara di Asia Tenggara seperti Indonesia, Philippines, Vietnam, Thailand, Myanmar, and Cambodia.

Saban hari, beberapa isu telah wujud apabila terdapat segelintar pemandu GrabCar telah melakukan perkara tidak beretika kepada penumpang seperti kes pencabulan ke atas penumpang wanita. Grab Driver Manjung berkongsi beberapa tips keselamatan khusus buat penumpang wanita di halaman Facebook mereka.

3 Tips Keselamatan Untuk Penumpang Wanita Grabcar


  • Selepas app Grab memberitahu anda telah mendapat seorang pemandu, langkah pertama anda lakukan ialah "Screenshot" data pemandu tersebut. Di situ ada gambar pemandu, no plat kenderaan dan jenis kenderaan yang digunakan untuk mengambil dan menghantar anda.
  • Seterusnya hantar "Screenshot" whatsapp kepada orang-orang yang paling rapat kepada anda untuk memaklumkan mereka bahawa anda akan menaiki Grabcar pemandu tersebut untuk ke destinasi anda. Anda boleh hantar "Screenshot" whatsapp tersebut kepada Group Family atau teman lelaki anda atau suami anda atau kawan rapat anda.
  • Pada masa yang sama amat digalakkan juga anda kongsi (share) "Live Location" anda melalui whatsapp tersebut supaya sekiranya berlaku apa-apa kepada anda, orang yang rapat dengan anda dapat mencari anda dengan cepat dan mudah.


Sumber: Tips Keselamatan Untuk Penumpang Wanita Grabcar - Grab Driver Manjung

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. berjaga-jaga sebelum kena..


    saya memang pengguna Grab dan akan melakukan tips ini jika pemandu Grab iu perempuan..hahahahaha


    setakat ini saya cuma pernah guna pemandu Grab perempuan sekali sahaja..


    selebihnya lelaki la

    BalasPadam

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017