Kecundang Juga Selepas 3 Tahun 2 Bulan Travel Sejauh 1000KM Seminggu


Ini adalah kemalangan jalan raya kali pertama yang pernah aku hadapi sewaktu menunggang motorsikal ketika hendak ke tempat kerja. Walaupun dah buat pre-check dan berhati-hati semasa menunggang motor tetapi malang itu tidak berbau. Kalau nak terjadi, ianya akan terjadi.

Nak jadikan cerita sewaktu tengah mandi pagi tu, tiba-tiba dalam kepala aku terlintas sesuatu dan memikirkan tentang kemungkinan hari tersebut aku akan berdepan dengan kemalangan. Kemalangan jenis apa aku pun tak tahu.

Seperti biasa sebelum memulas minyak motor, doa naik kenderaan pasti aku tak akan lupa untuk baca. Tapi berlainan pada hari tersebut yang mana aku berkali-kali membaca doa akibat salah baca dan sebagainya. Hati mula resah dan kepala fikir macam-macam tapi aku teruskan perjalanan. Ada satu ketika aku macam nak patah balik ke rumah. Kelajuan motor pada masa tu pula aku perlahankan dari biasa.

Terbabas Di Selekoh Jalan Raya Lebuhraya KLIA Extension

Dekat exit Lebuhraya KLIA Extension ni ada satu selekoh memang terbaik untuk kaki corner dok layan. Aku pun layan juga corner ni sebelum ini. Tapi disebabkan hati rasa tak tenang memikirkan hal buruk yang terlintas, haritu juga aku bawa agak perlahan dan menegak sedikit.

Akibat daripada pandangan hadapan terbatas disebabkan ada lori treler dihadapan jalan sebelah kiri, tiba-tiba ternampak tompokan minyak di atas lorong sebelah kanan jalan. Akibat tak sempat nak mengelak, tayar depan menggelongsor dan mengakibatkan motor tergelincir sebelah kiri menghampiri lori treler sebelah kiri.


Aku cuba kawal handle motor dengan tenang dan cuba membalas ke kanan jalan dengan tujuan tak mendekati lori treler. Masa ni mulut dok mengucap "Allahu Akbar" banyak kali. Dua kali membalas handle sehingga motor dah tak dapat distabilkan, aku terus lepaskan motor dan rebah ke atas jalan raya. Masa rebah tu dalam tiga kali juga berguling dan lepas tu berhenti berguling dan seret pada bahagian belakang badan sehingga ke bahu kanan jalan. Jatuh macam gaya MotoGP gitu.


Aku bernasib baik disebabkan waktu pagi tu tak banyak kereta yang lalu lalang. Aku juga bernasib baik disebabkan aku memakai "Full Face Helmet" yang mana kepala aku terhentak di atas jalan raya dulu. Aku bernasib baik juga sebab memakai jaket tebal dan sarung tangan. Cuba tidak bernasib baik sebab seluar dan kasut tak sesuai. Menyebabkan luka lebih parah dibahagian kaki. Aku bernasib baik juga Allah masih bagi lagi aku untuk terus bernafas di atas muka bumi pada waktu itu.

Kecederaan dan Kerosakan Motorsikal

Kalau ikutkan ada polis trafik dan polis peronda plus dan ada seorang pakcik nak telefon ambulans untuk bawa aku ke hospital terdekat. Begini dialognya (lebih kurang macam ni la).

Pakcik: Adik okay tak ni?

Aku: Allahu Akbar....Allahu Akbar....(berdengus kuat nafas disebabkan helmet full face masih lagi dikepala)

Pakcik: Pakcik bukan helmet ni ye? Boleh tak?

Aku: Ha...boleh...boleh (tangan memegang kaki yang sakit masa ni)

Pakcik: Tuan meh buka helmet ni. Budak tu susah nak bernafas tu.

Lepas dah buka helmet.

Polis: Okay tak ni? Nak call ambulans tak?

Aku: Ha...ha...(sambil tengok kiri dan kanan dan juga kaki dan motor yang terseret jauh).

Polis: Serius ni. Saya call ambulans jelah.

Aku: Ambulans hantar kat mana bang?

Polis: Paling dekat ambulans hantar ke Putrajaya.

Aku: Huh? Tak payah la bang. Tak ada orang nak amik saya kat sana nanti.

Polis: Betul ni.

Aku: Betul bang. Saya call abang kot (masih dalam keadaan terbaring di atas jalan raya).

Polis: Ni kereta dah mula nak banyak ni. Boleh bangun tak?

Aku: Boleh kot. Jap saya try.

Aku cuba berdiri sambil dibantu polis untuk menyeberang jalan disebelah kiri dibelakang penghadang jalan.

Aku cuba call abang aku tapi tak dapat. Cuba call ayah aku pun tak dapat. Akhir sekali call adik perempuan aku dan dia jawap. Adik perempuan aku pun call ayah dan suami dia untuk ambil aku.

Disebabkan jarak perjalanan jauh untuk ayah aku sampai. Polis bawa aku untuk pergi terus ke Balai Polis Trafik di KLIA untuk terus buat report.

Minyak yang disangkakan aku sebenarnya ialah air sampah yang ada minyak sikit di atas jalan raya.


Syukur alhamdulillah tiada kecederaan yang serius berlaku. Hanya luka di bahagian siku, pergelangan tangan (terima kasih jam sebab jadi pelindung), bengkak pada kaki kiri dan kanan dan juga luka pada lutut sebelah kiri.


Motor pula masih lagi boleh hidup dan boleh bawa. Cuma handle bar bengkok, footrest kaki patah, cluth lever patah, signal sebelah kiri bahagian depan dan belakang patah, tangki kemek sedikit. Polis sarankan untuk bawa balik terus motor sebab banyak kes motor terbiar mesti akan ada orang yang ambil part-part motor untuk dibaraikan.

Sebenarnya lagi dua minggu lagi tempoh untuk aku berhenti di company lama. Aku cuma diberi cuti dan rehat selama 4 hari oleh hospital. Selepas itu, aku kena bergegas ke ofis dalam keadaan kaki bengkak dan jalan pun tak stabil masa tu. Aku dinasihatkan oleh bos untuk rehat lama lagi tapi aku tetap juga masuk ke ofis sebab nak handover kerja-kerja yang ada.

Dengan ini aku nak ucap terima kasih kepada yang sudi membantu kepada mereka yang sempat berhenti waktu tu untuk tengok keadaan aku.

1 Ulasan

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

  1. Kes tabur minyak dan minyak bocor atas jalan raya memang berlaku. Kalau lepas hujan boleh nampak lapisan pantulan pelangi minyak yang terapung pada permukaan jalan raya.

    Pernah sekali tengah melalui selekoh. Motorsikal membuang. Syukur alhmadulillah dapat kawal dan tiada apa-apa yang berlaku.

    Semoga cepat sembuh

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama