Kecewa Dengan Proses Tuntutan Insurans Motorsikal, Aku Membuat Keputusan Untuk Baiki Motorsikal Sendiri - Part 2


Niat dihati pada asalnya ingin menggunakan khidmat kedai tersebut untuk membaiki motorsikal menggunakan wang sendiri. Lantaran daripada pihak kedai yang tidak membantu dan memaksa aku membayar kos yang sepatutnya tidak patut dicaj, aku membuat keputusan untuk mengambil kembali motorsikal.

Kali ini aku perlu membuat perancangan dengan rapi bagaimana untuk selesaikan masalah ini yang menguntungkan diri aku. Apa guna setiap tahun bayar insurans motor tapi leceh nak buat tuntutan.

Baca: Kecewa Dengan Proses Tuntutan Insurans Motorsikal, Aku Membuat Keputusan Untuk Baiki Motorsikal Sendiri - Part 1

Seperti biasa aku hanya ada dua hari pada hujung minggu untuk mencari kedai motor yang mana boleh membantu aku untuk buat tuntutan insurans. Selepas habis ronda, akhir sekali ada kedai yang boleh menjadi orang tengah untuk membuat tuntutan dengan pihak insurans iaitu dengan syarat insurans yang sudah aku ambil adalah pihak insurans yang kedai tersebut biasa kendalikan.

Proses Perbincangan Dengan Pihak Kedai Motorsikal

Sewaktu menyerahkan segala dokumen pada pihak kedai tersebut. Aku terus menyatakan niat aku iaitu jika proses tuntutan insurans lambat maka aku ingin membaiki motorsikal tersebut menggunakan duit sendiri dengan syarat tiada kerosakan teruk pada bahagian enjin. Pihak kedai setuju dan memberi penerangan bagaimana proses tuntutan insurans motorsikal. Aku memang sangat menghargai atas sikap keterbukaan pihak kedai untuk menuruti permintaan aku.

Berdasarkan apa yang diberitahu oleh pihak insurans kepada aku, proses tuntutan mengambil masa hanya empat belas (14) hari bekerja. Itu proses untuk mendapatkan kelulusan sahaja tau. Ianya bergantung pada pihak kedai. Antara perkara penting yang diberitahu ketika itu ialah berkenaan tentang "Adjuster" iaitu pihak yang akan menjadi orang tengah antara pihak kedai dan pihak insurans dalam memproses tuntutan insurans motorsikal.

Pihak kedaiberjanji untuk memeriksa motorsikal dalam masa 3 hari waktu bekerja. Syukur alhamdulillah, pihak kedai memanggil aku untuk membincangkan dan terangkan kerosakan yang berlaku pada motorsikal. Seperti yang aku jangka, hanya kerosakan pada luaran sahaja dan tidak pada enjin motorsikal. Aku pun menyatakan niat untuk membaiki sendiri.

Akibat daripada pihak kedai tidak mempunyai banyak masa pada hari Sabtu, aku hanya sempat membaiki mana yang patut dahulu dan hanya bertanyakan harga alat gantian serta kos upah. Memandangkan budget tidak terlalu besar, aku perlu mencari kedai yang menjual alat ganti dengan harga mampu milik dan baik dari segi kualiti dan seterusnya memasang sendiri alat gantian itu sendiri.

Pasang Alat Gantian Motorsikal Sendiri

Pada hari yang sama, aku tak mahu melengahkan masa yang ada dengan terus mencari kedai alat gantian disekitar bandar Seremban. Mujur ada beberapa kedai yang banyak menjual alat ganti motor aku. Kebanyakan kedai tidak menyimpan alat ganti motorsikal aku.

Dengan budget sedia ada, aku target untuk ganti bahagian tertentu sahaja dulu iaitu handle bar (bengok), signal depan dan belakang bahagian kiri (patah), cluth lever (patah), footrest bahagian kiri (patah). Bahagian lain seperti pedal gear yang bengkok akan diketuk bagi lurus. Nak ganti tangki dan bahagian kecil coverset dengan yang baru kena beli satu set yang berharga lebih kurang dalam RM 700 - RM 800. Oleh kerana bahagian kemek pada tank hanya kecil dan juga coverset pecah sedikit sahaja, adalah berbaloi untuk aku beli barangan terpakai. Side Stand (tongkat), pula aku terpaksa cabut terus sebab tak boleh nak ketuk. Terlalu keras. Kena tunggu budget akan datang. Selain itu, antara top priority adalah membuat servis pada front fork yang bocor (leaking).


Hasil pencarian agak berbaloi kerana harga yang aku dapat adalah mampu milik berbanding dengan alat ganti yang dijual oleh dealer motorsikal. Kedai alat ganti yang aku pergi adalah salah satu kedai tersebar yang menjual alat ganti motor Yamaha. Pasang sendiri sedikit sebanyak mengurangkan kos upah.


Atas sedikit bantuan daripada ayah aku dan juga Youtube, syukur alhamdulillah semua bahagian yang dah dibeli dapat diganti. Cuma ada sedikit kesilapan pada pembelian handle bar iaitu kedai tersalah bagi. Sebabnya FZ150i ni ada pelbagai versi. Terpaksa pergi balik dan tukar. Beza handle bar asal dengan yang beli ialah tiada lubang sebelah kanan handle bar untuk right switch.

Kedai tempat aku beli handle bar tu mati-mati kata itu sahaja yang ada dan minta aku tebuk sendiri. Aku terpaksa mendesak untuk mereka check balik jika ada. Dengan malu pihak kedai kata memang salah dan beri aku handle bar yang betul.


Sebenarnya aku target untuk selesaikan proses pemasangan bahagian alat ganti dengan cepat sebab kejar masa untuk cari kedai untuk service front fork yang bocor. Memandang masa amat mecemburui, aku terpaksa pasang niat untuk servis dilain hari. Hari yang sama aku dah survey beberapa kedai di Kuala Lumpur dan Damansara untuk servis fork. Kenapa jauh sangat? Sebab aku rancang untuk servis selepas habis kerja di KL.


Kos baik pulih yang telah aku belanjakan adalah sebanyak RM 285.00 termasuk kos baik pulih fork. Pecahan kos baik pulih alat ganti - Original HLY handle bar RM 38 (dealer jual RM 68 tak termasuk kos upah pasang), after market smoke signal satu set RM 20.00 (dealer jual RM 48 tak termasuk kos upah pasang),  footrest satu set RM 25.00 (dealer jual RM 55) dan servis fork lebih kurang RM 150.

Cuma agak kurang berpuas hati dengan harga servis fork sebab sewaktu tanya kos hanyalah sebanyak RM 90 termasuk kos upah. Tiba-tiba harga naik dengan mendadak. Aku tidak punya banyak pilihan masa tu, terus bersetuju untuk servis fork. Kalau tak servis, kemungkinan besar tube fork akan tercalar dan kos untuk tukar lebih mahal. Tambahan pula bahaya untuk aku bawa motor dalam keadaan fork bermasalah sebab nanti kemungkinan besar jika membrek atau jalan di atas jalan raya yang tidak rata boleh menyebabkan aku terpelanting.

Dalam kes aku ni, adalah berbaloi untuk aku repair sendiri daripada membuat tuntutan insurans. Melainkan jika motorsikal mempunyai kerosakan major yang berkait rapat dengan chasis dan enjin, wajib buat tuntutan insurans kerana kos nak baiki terlalu banyak. Mungkin tahun hadapan, aku akan turunkan sedikit sum insurance. Jika korang ada benda nak kongsi atas pengalaman sendiri berkaitan dengan hal tuntutan insurans motor, boleh kongsi dengan komen dibawah.

Catat Ulasan

0 Ulasan