Type something and hit enter

author photo
By On

Banyak betul kali ini aku tulis berkenaan dengan motor. Dah boleh tukar genre penulisan blog agaknya lepas ni. Ok, kembali fokus pada topik asal. Adakah brake caliper sesebuah motorsikal diselenggara atau servis sebagaimana brake caliper kereta? Jom ikuti penceritaan dan pengalaman aku tentang hal ini.

Motor yang aku guna sekarang ni adalah motor terpakai yang aku beli pada dua tahun lepas. Berdasarkan maklumat yang tertera pada geran motorsikal, usianya telah pun mencecah lima tahun. Dengan usia sebegitu, kebanyakan part motorsikal sudah pun mencapai tahap yang dimana ianya perlu diganti atau diselenggara.

Gejala Brake Pad dan Disc Brake Cepat Haus


Kalau dilihat dengan mata kasar gambar diatas, menunjukkan brake pad dan disc brake sudah pun tidak dapat berfungsi dengan baik untuk memberikan cengkaman apabila brek ditekan. Bahkan ianya sangat bahaya pada penunggang kerana bila-bila masa sahaja, brake pad akan menyekat disc brake secara mengejut. Silap langkah jika motor memecut laju atas jalan raya, boleh mengakibatkan tayar terseret dan sukar dikawal.

Punca utama yang menyebabkan disc brake dan brake pad cepat haus adalah kerana brake caliper tidak lagi berupaya untuk menarik balik piston yang telah ditolak keluar apabila brek ditekan. Jadi dalam keadaan tayar bergerak, brake pad mengepit brake disc. Sedikit demi sedikit mengikis dua bahagian tersebut dan pergerakan tayar tidak berjalan lancar.

Tak Boleh Servis! Kena Tukar Baru!


Aku ada pergi ke beberapa bengkel motorsikal dan bertanyakan jika brake caliper boleh diselenggara atau tidak. Kebanyakannya tidak membuat perkhidmatan untuk servis brake caliper motorsikal. Majoriti kedai motorsikal yang pernah aku kunjungi mencadangkan agar menggantikan brake caliper yang baharu.

Dengan berbekalkan modal yang tidak seberapa, aku tetap berusaha mencari kedai yang boleh untuk servis brake caliper. Usaha aku tidak sia-sia, ada bengkel motor yang boleh buat.

Dalam kepala masih lagi teringat tentang video Youtube dimana youtuber tersebut membuat penyenggaraan brake caliper sendiri dengan mencuci dan tukar beberapa bahagian tear and wear dalam brake caliper. Nak buat sendiri tak berapa nak mahir.

Yes!!! Boleh Servis Juga Akhirnya...


Mekanik terkejut tengok keadaan brake caliper motorsikal aku yang sangat sadis tu. Maka bermula proses meleraikan brake caliper. Aku dikira bernasib baik sebab kedai ada menyimpan stok alat ganti untuk brake caliper. Oleh kerana disc brake dan brake pad dah pun terhakis dan haus, itu pun perlu diganti.


Kali ini aku tidak duduk dan tunggu sahaja. Semasa mekanik tengah meleraikan brake caliper aku perhatikan bagaimana mekanik mencabut satu persatu bahagian didalam brake caliper dengan harapan mungkin masa akan datang aku dah tahu macam mana nak buat sendiri. Hanya perlu cari alat ganti yang sesuai. Inilah yang dikatakan menyelam sambil minum air.


Disc brake ni tidak pernah ditukar. Akibat daripada kegalalan brake caliper untuk berfungsi dengan baik, boleh lihat disc brake dihakis oleh brake pad. Kalau diperhatikan gambar paling atas, lihat brake pad mencengkam disc brake tanpa brek perlu ditekan. Ada sedikit rekahan pada brake pad.




Gambar atas inilah yang aku bagitau awal-awal tadi. Inilah piston untuk brake caliper. Pada asalnya ketika piston dicabut, terdapat banyak habuk dan kotoran yang melekat pada piston yang menyebabkan piston tidak dapat bergerak dengan baik apabila brek dilepaskan. Itulah penyebab mengapa piston tidak ditarik balik ke dalam apabila brek dilepaskan.


Ini adalah o-ring yang berada di dalam brake caliper. Bahagian ni juga perlu ditukar kerana getah sudah pun merekah dan tidak berupaya seperti asal.





Secara keseluruhannya aku amat berpuas hati selepas brake caliper diservis. Selepas servis ternyata, prestasi brek kembali seperti biasa. Tiada lagi kedengaran gesekan disc brake dikepit oleh brake pad. 

Kos servis brake caliper sahaja ialah RM 39 (Rear caliper O-ring). Piston tidak bercalar, jadi mekanik hanya menggunakan steel wool untuk membuang habuk dan kotoran yang melekat. Kos barangan lain iaitu Original HLY Rear Disc Plate ialah RM 68, Racing Boy Rear Brake Pad ialah RM 38. Aku juga membuat penukaran skru disc brake iaitu dengan harga RM 5.00/pc. Kos keseluruhan berjumlah RM 160 telah dibelanjakan. Dan kos ini termasuk dengan kos upah pasang.

3 Comments

avatar

Salam. Buat kat kedai mana?

avatar

Salam. Buat kat kedai mana ye?

avatar

Saya buat dekat Port Dickson. Carilah kat dealer Yamaha.

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

Click to comment