Type something and hit enter

author photo
By On
Begini Cara Sembunyikan Story WhatsApp, Hanya Orang Tertentu Boleh Melihatnya

Di Instagram, pengguna boleh mengehadkan Story hanya kepada kenalan terdekat (Close Friends) sahaja dengan memilih sebahagian daripada Follower Instagram. Begitu juga dengan WhatsApp, terdapat ciri yang sama boleh dilakukan untuk memilih Contact tertentu untuk melihat Story yang dipaparkan.

Senang sahaja caranya untuk sembunyikan WhatsApp Story dengan hanya beberapa langkah dibawah:

  1. Buka aplikasi WhatsApp. Pergi ke bahagian atas sebelah kanan dan tekan tombol tiga butang menegak dan pilih Setting.
  2. Klik pada Account dan seterusnya tekan Privacy.
  3. Seterusnya pilih pada Status.
  4. Terdapat tiga pilihan iaitu My contacts, My contacts except dan Only share with.
Begini Cara Sembunyikan Story WhatsApp, Hanya Orang Tertentu Boleh Melihatnya
Mudah, cepat dan tepat.

Melalui tiga pilihan tersebut, jika korang ingin sembunyikan Story hanya pada orang tertentu sahaja pilihlah "Only share with". Jika ingin sembunyikan pada orang tertentu sahaja pilihlah "My contacts except.

Nota Editor: Lepas ni boleh membawang and tembak status pada orang tertentu sahaja. Tapi apa guna up status tapi sembunyikan? Hurmm, nak pikir jap.

1 Comments:

avatar

Senang macam ni ada privacy kan..

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

Click to comment