Jangan Abai Diri Ketika Mendapat Demam dan Selesema, Mungkin Itu Influenza A


Sehingga hari ini, wabak Influenza A sudah pun merebak dengan cepat. Ketika aku warded (buat pembedahan) di hospital tempoh hari, kedengaran seperti ramai kanak-kanak dimasukkan ke hospital. Walau nampak seperti demam biasa, Influenza A boleh membawa maut.

Wabak yang disebabkan virus influenza bermusim hanya menyebabkan demam selsema yang ringan pada orang biasa tetapi boleh menyebabkan jangkitan yang teruk kepada kumpulan berisiko tinggi dan berpotensi boleh menyebabkan kematian.
oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Anak buah aku sendiri telah dimasukkan ke hospital pada hari Ahad lepas akibat demam dan selesema. Berdasarkan ujian yang dibuat oleh pihak hospital dan doktor, anak buah aku negatif Influenza A cuma demam panas sahaja. Selain daripada anak buah aku, ayah dan aku sendiri kini mempunyai simption demam dan selesama. Kami berdua sudah pun membuat pemeriksaan di klinik dan setakat ini tiada tanda positif tentang Influenza A. Tapi sentiasa kena berhati-hati jika demam dan selesema tidak surut perlukan pemeriksaan selanjutnya.

Jadi korang diluar sana, aku nasihatkan jangan ambil mudah tentang perkara ini. Sila segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital yang terdekat. Berikut adalah peringatan dan pesanan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tentang Influenza A.





Catat Ulasan

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

Terbaru Lebih lama