Pertama Kali Tukar Main Switch Key FZ150i Tapi Tak Menjadi


Sebelum video ini dibuat, berlaku satu kisah mendebarkan semasa aku habis selesai mengisi minyak motor di Stesen Minyak Petronas Serdang (highway Plus menghala ke Selatan). 

Nak dijadikan cerita, aku nak tutup tangki minyak tapi pulas punya pulas tak boleh. Lubang kunci tangki dah tersekat. Bila dah tersekat, kunci motor aku pun tak dapat nak cabut. Kalau tak cabut, macam mana nak hidupkan motor.

$ads={1}

Aku pun tolak motor ke tepi. Buka box and ambil skru driver. Tujuan guna skru driver untuk buka skru dibawah lubang kunci tangki minyak nak bagi longgar sedikit. Tetapi masih tersangkut.

Aku pun buat keputusan untuk terus cabut terus tempat kunci tangki minyak. Tapi apakan daya masa dah terbuka, spring sendal kunci ke tangki minyak terpelanting. Satu terpelanting ke tepi longkang, satu lagi masuk ke dalam tangki. Tapi mujurlah kunci boleh dicabut dan tangki boleh ditutup. Cuma mekanisme untuk sendal kunci tu dah tak berfungsi dengan baik.

Jadi nak tak nak kena tukar tempat kunci tangki minyak. Disebabkan kunci satu lagi dah patah dan pendua pun dah bengkok akibat dipulas, aku cadang untuk terus tukar satu set kunci utama motor aku ni.

Catat Ulasan

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

Terbaru Lebih lama