Tempoh Terbaik Tukar Minyak Enjin Motorsikal | Semi-Synthetic ke Fully-Synthetic


Kembali lagi kita bercakap tentang soal minyak hitam a.k.a minyak enjin ni motorsikal. Kali ini aku nak memfokuskan tetang minyak enjin yang aku gunakan sekarang.

Pada asalnya aku setia menggunakan minyak enjin Petronas Sprinta F700 selama 2 tahun lebih. Sejak dua bulan yang lepas aku bertukar angin sekejap dan upgrade sikit minyak enjin kepada Petronas Sprinta F900. 

Apa beza antara Petronas Sprinta F900 dan F700 ni? Bezanya ialah F900 ni adalah minyak fully-synthetic dan F700 ni minyak semi-synthetic. Seperti yang diberitahu, ketahanan mileage untuk fully-synthetic lebih daripada semi-synthetic.

$ads={1}

Semi-synthetic boleh bertahan sehingga 3,000km dan fully-synthetic boleh bertahan dua kali ganda daripada minyak semi-synthetic. Ini seperti yang diberitahu oleh pengeluar minyak itu sendiri.

Kenapa Tukar ke Fully-synthetics?


Faktor utama yang membuatkan aku tukar adalah sebab kos. Aik kenapa pula kos? Minyak fully-synthetic lagi mahal kot dari semi-synthetic. Ya betul tu mahal. F900 punya retail price (kalau beli dari Stesen Minyak Petronas) adalah RM67.00 berbanding F700 RM 35.00.

Macam mana jimat kos kalau harga dah dua kali ganda? Sebenarnya tak ada sangat jimat kos. Cuma bila aku pakai fully-synthetic ni, mileage aku boleh tahan dua kali ganda. Benda yang aku boleh jimat adalah dari segi kos upah dan filter minyak enjin.

Sebelum aku buat pengiraan terperincin pasal kos ni. Cuma nak beritahu yang aku meredah sejauh 220+ km setiap hari (weekday). Jadi setiap bulan mileage yang aku readah adalah sejauh 3,000km+.

F700 = RM 35.00 (harga minyak Enjin) + RM 5.00 (kos upah) + RM 14.00 (filter original) = RM 54.00

Setiap 1,500km aku akan tukar. Jadi kos sebulan  adalah sebanyak RM 108.

F900 = RM 67.00 (harga minyak enjin) + RM 5.00 (kos upah) + RM 14.00 (filter original) = RM 86.00

Fully aku akan tukar setiap 3,000km, jadi kos sebulan hanya RM 86.00. Sebulan dah jimat RM 22.00

Itu baru sebulan, kalau setahun penjimatan yang aku dapat ialah sebanyak RM 264.00. Wow!!!

Kenapa Tukar 2 Kali Filter? Tukar sekali je lah!!!

Kebiasaanya dalam sebulan tu, kali pertama tukar minyak enjin aku tak tukar filter. Selepas kali kedua tukar minyak enjin baru tukar filter.

Malang itu tidak berbau, apabila enjin motor aku stuck dalam perjalanan ke tempat kerja. Bila aku buka stick dip minyak enjin tu, tengok minyak enjin masih cukup. Apa punca sampai enjin stuck.

Bila dah sampai kedai, pomen pun buka cover filter. Sekali hancus teruk....


Serpihan kertas filter tu masuk ke oil pump dah menyebabkan minyak enjin tak disalurkan ke bahagian enjin sepenuhnya. Ini pengajaran untuk aku. Filter yang aku guna ni juga adalah lokal punya bukan original Yamaha.

Sejak daripada kes tu, aku jadi phobia dan terus tukar kepada original pnya filter. Bukan aku saja phobia, member aku yang bekalkan aku filter ni pun phobia nak jual terus. Hahaha...

Okay aku nak tamatkan disini saja. Kalau aku tulis panjang-panjang, bukan korang je malas nak baca. Aku sendiri pun sama. Harap baca point penting yang kat atas tu. 

Mungkin lepas ni aku nak buat sedikit review aku gunakan minyak Petronas Sprinta F900.

P/S: Kalau Petronas Lubricant baca aku pnya blog post, harap dapat sponsor lah minyak enjin. Hahaha.

Catat Ulasan

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

Terbaru Lebih lama