Trash Doves: 'Head banging Pigeon' Berwarna Ungu Mula Membanjiri Newsfeed Facebook

Baru-baru ini saja, newsfeed Facebook mula dibanjiri oleh burung berwarna ungu yang sedang 'head banging'. Pada mulanya aku tidak mahu ambil 'port' sangat dengan benda ni. Tetapi lama-kelamaan burung ni semakin meluas penggunaannya di setiap pelusuk ruang komen di Facebook. Tanpa melengahkan masa, aku mencari maklumat berkenaan 'Trash Doves' iaitu salah satu set stickers di Facebook yang kian gila mendapat hati pengguna Facebook.

Asal Usul 'Trash Doves'

Floppy Trash Doves ialah satu set koleksi sticker Facebook yang telah dicipta oleh seorang artis yang bernama Syd Weiler. Pada awal Januari 2017, set sticker beliau telah membuat kemunculan di Facebook. Set sticker tersebut mengandungi berbagai jenis emoji beranimasi seperti yang korang dapat lihat di atas.

Selain daripada emoji beranimasi 'The Headbanging', set koleksi Trash Doves juga mengadungi beberapa set emoji seperti 'eating bread', 'eating pizza', 'eating donuts' dan bermacam jenis lagi.

Trash-Doves



Buat pengetahuan korang semua, Trash Doves sebenarnya telah viral di Thailand pada 7 Februari 2017. Burung Pigeon ungu bermata besar ini telah dilihat di dalam satu video oleh satu Facebook page di Thailand yang memaparkan Kucing menari bersama Trash Doves. Video tersebut telah dilihat sebanyak 3.7 juta hanya dalam masa lima hari saja.


7 Ulasan

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

  1. Ohhhhh sebab tu ka ingatkan kenapa la ramai yang update benda ni haha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi rasanya kat Malaysia ramai yang just ikut. Tengok macam best nak kacau newsfeed orang kat Facebook kot.

      Padam
  2. HAhaha bengang betul dngn bende alah nie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni mesti member2 penuhkan komen facebook dgn pigeon ungu ni kan.

      Padam
  3. hahahaha nasib baik laa masa burung biru nih femes husna tiada di timeline.. tak sempat nak tengok feacebook.. :D

    BalasPadam
  4. lor... apsal Mrs. A tak tahu ni.
    Thanks for sharing ya...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama