Kos Penyelenggaraan Motorsikal Setiap Bulan

- April 05, 2017
Kos Penyelenggaraan Motorsikal Setiap Bulan

Setiap hari aku membuat perjalanan sejauh 189 kilometer untuk pergi dan balik dari rumah ke tempat kerja dengan hanya membonceng motorsikal. Perjalanan pergi dari rumah ke tempat kerja dengan jauh 94.5 kilometer melalui lebuhraya Elite, memakan masa sehingga 1 jam 30 minit dengan kelajuan motor 90 km/jam. Waktu hujan pula akan memakan masa sehingga 2 jam perjalanan.



Baca juga: Travel ke Tempat Kerja Sejauh 1000km Setiap Minggu Menggunakan Motorsikal

Aku tak nak membebel panjang lebar kenapa dan mengapa aku ambil keputusan untuk travel sejauh ini untuk pergi ke tempat kerja. Korang boleh baca artikel aku yang lepas, seperti pautan di atas. Apa yang ingin aku kongsikan kali ini ialah berapa sebenarnya kos penyelenggaraan motorsikal setiap bulan akibat dari travel terlalu jauh.

Kos Penyelenggaraan Motorsikal Setiap Bulan

Bagi mereka dan aku yang membuat jarak perjalanan jauh dengan membonceng motorsikal (kapcai), penyelenggaran motorsikal perlu dititik beratkan. Ini adalah kerana bagi motor kapcai seperti yang aku gunakan sekarang tidak sesuai untuk 'long distance travel' setiap minggu. Penjagaan minyak enjin (minyak hitam) perlu penjagaan yang rapi.

Semua orang mesti tahu tidak kira motorsikal atau kereta, penjagaan minyak enjin adalah paling kritikal sekali. Tak jaga, siap sedialah untuk korek duit beribu-ribu untuk membetulkannya. Dan benda inilah yang terjadi pada aku bila awal-awal dulu langsung tak ambil endah untuk tukar minyak enjin.


Akibat kedekut sangat nak keluar RM64 untuk tukar minyak hitam 2 kali dalam sebulan, maka terimalah habuannya bila kena bayar RM 700 untuk 'overhaul' enjin. Dari awal lagi sebenarnya mekanik dah beritahu aku pasal ni, tapi aku tetap juga tukar minyak enjin sebulan sekali. Boleh tukar sebulan sekali itu pun tak travel jauh sangat. Untuk perjalanan jauh macam aku, kalau dah hampir 2000km, minyak enjin akan mula kering. Boleh topup sikit tapi tak digalakkan sangat.

Kekerapan dan Kos Buat Penyelenggaraan Motorsikal

Selain dari minyak, tayar, rantai dan benda lain pun perlu dijaga. Tayar akan ditukar kalau bunga dah nipis dan rantai pula kalau spoket dah haus baru tukar. Dua benda ni tak kerap sangat kalau nak dibandingkan dengan minyak enjin.

Komponen Motor Kekerapan Kos
Minyak Enjin - Semi Synthetic
(Jenis Likat) RM36
2 Kali Sebulan RM 64.00
Tayar Setahun (atau Bunga Tayar Haus) RM 74.00
Rantai (termasuk Spoket Depan & Belakang)
- Heavy Duty
4 Bulan Sekali RM 74 

Setakat ini, itulah tiga benda yang aku pernah tukar. Ops! lupa pula, plug pun kena tukar. Kalau ikut kekerapan bulanan untuk tukar minyak hitam saja cuma RM 64.00 (termasuk 6% GST). Walaupun nampak macam tinggi kosnya, aku rasa amat berbaloi untuk dibelanjakan daripada kena keluar beratus-ratus untuk betulkan enjin semula.

Itulah orang kata, kalau sesuatu benda itu tak jadi depan mata. Selagi itulah kita tak akan sedar. Dah sedar baru menggelupur ke sana sini. Ini adalah pengajaran buat aku yang mungkin tak akan lupa untuk jaga minyak enjin. Sekarang ni, setiap minggu terutama hari sabtu aku akan buat 'inspection'. Kalau semua ok, baru boleh travel jauh. Kalau tak, simpan dulu motor dalam rumah dan guna kereta dulu.
Advertisement

3 Komen

avatar

Uisss banyak jugak tu ye kosnye..

avatar

Jauh tu jarak perjalanan hampir 200km sehari pergi dan balik kerja...minyak hitam memang kena jaga kalau long distance macam ni...kalau tak memang kena ready duit banyak la nak repair nanti...

avatar

Betul tu bro. Dah merasa duit terbang dah sbb tak jaga minyak hitam.

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

EmoticonEmoticon

 

Start typing and press Enter to search