Tak Boleh 'Move On' Dengan Kesedapan Nasi Daging Merah Loqstaq

Tak Boleh 'Move On' Dengan Kesedapan Nasi Daging Merah Loqstaq

Setiap hari aku memang bawa bekal makanan dari rumah untuk jimatkan perbelanjaan makan tengah hari. Kebetulan pada dua hari yang lepas, aku terlupa dan tertinggal bekal makanan yang disediakan oleh mak. Nak tak nak terpaksa keluarkan duit untuk makan tengah hari diluar.

Aku dan dua orang lagi rakan sepejabat sebenarnya belum buat keputusan untuk makan apa dan dimana. Kami bertiga cuma pusing-pusing dahulu kawasan sekitar Mutiara Damansara. Ada yang mengajak untuk makan di Nasi Kukus Ilham, tapi aku selera aku tak kena bila makan di sana. Yang penting kena cari parking dahulu.

Pusing punya pusing, ada satu parking kosong berhadapan kedai Nasi Daging Merah Logstaq. Terus kami bertiga jejakkan kaki dalam kedai Daging Merah Loqstaq. Nak kata pertama kali makan nasi daging merah loqstaq ni tak juga, pernah juga merasa dekat Penchala. Kali ini cawangan dekat Mutiara Damansara rasanya lebih sedap.

Tak Boleh 'Move On' Dengan Kesedapan Nasi Daging Merah Loqstaq

Lepas pekena Nasi Daging Merah Loqstaq di cawangan Mutiara Damansara, aku masih lagi tak boleh 'move on' dengan kesedapannya. Bila balik rumah dalam kepala masih lagi terbayang. Rasanya macam hendak pekena lagi sekali. Kali ini aku cuba mengajak geng haritu untuk pergi sekali lagi dan mereka setuju untuk pergi sekali lagi.

Tak Boleh 'Move On' Dengan Kesedapan Nasi Daging Merah Loqstaq


Kenapa lebih berbanding dengan cawangan lain di Penchala? Aku pun tak berapa pasti sebenarnya. Yang aku tahu, bila masuk mulut dan terus ke dalam perut, otak aku mengeluarkan tindak balas yang membuatkan aku tersenyum ketika makan.

Rasanya kuah asam dan gulai cair (betul ke?) memang campuran yang amat baik. Dagingnya yang merah dan lembut memang senang untuk dikunyah. Yang penting sekali harga memang berbaloi untuk dimakan ditambah pula air 'free' yang boleh 'refill' semula yang membuatkan aku akan datang kembali. Bukan hendak kedekut beli air, tapi cuma kalau boleh jimat, kenalah jimat ye tak?

2 Ulasan

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

Terbaru Lebih lama