Twitter Night Mode Dengan Rasminya Telah Dilancarkan

Twitter Night Mode Dengan Rasminya Telah Dilancarkan

Selepas Youtube melancarkan 'Dark Theme', kini giliran Twitter untuk bersama-sama rakan pembangunan laman web yang lain menyediakan fungsi yang sama dengan nama yang berlainan. Berdasarkan akaun @TwitterSupport, mereka telah mengumumkan bahawa fungsi 'Night Mode' kini boleh diaktifkan pada laman Twitter.com yang sebelum telah pun dilancarkan untuk aplikasi peranti mudah alih Android dan iOS.

Untuk membolehkan fungsi 'Night Mode' pada Twitter.com, korang hanya perlu klik sahaja pada gambar profil. Pilihan 'night mode' terletak pada bahagian bawah 'log out'. Ianya sama seperti yang terdapat pada aplikasi Twitter di Android dan juga iOS.

Baca juga: Youtube Kini Hadir Dengan Wajah Dan Logo Serba Baharu

Nampaknya fungsi 'night mode' atau nama lain seperti 'dark theme', 'dark theme' dan sebagainya telah mendapat perhatian pihak pembagunan laman web. Kelebihan menggunakan latar belakang yang lebih gelap sebenarnya dapat mengelakkan mata kita dari 'blue light effect' yang boleh mempunyai pengaruh buruk pada kadar kesihatan kita.

SUMBER: NEOWIN

Catat Ulasan

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

Terbaru Lebih lama