Youtube Kini Hadir Dengan Wajah Dan Logo Serba Baharu

- 9/04/2017

Youtube telah diperkenalkan pada dunia bermula pada tahun 2005. Sejak dari itu, Youtube telah membuat beberapa perubahan pada 'layout' tetapi tidak pada logo. Setelah 12 tahun berlalu, akhirnya Youtube telah membuat perubahan pada logo mereka.

Dalam laman blog rasmi Youtube memberitahu bahawa rekaan semula logo adalah kombinasi antara 'Youtube wordmark' dan 'Youtube icon'. Kini tiada lagi perkataan 'Tube' berada di dalam kotak berwarna merah. Sebaliknya, kotak berwarna merah tersebut direka menjadi kotak butang 'play' dan diletakkan dihadapan perkataan 'Youtube'.


Bukan itu sahaja, antaramuka Youtube juga turut berubah dengan mengaplikasikan 'Material Design'. Rekaan antaramuka kali ini kelihatan 'simple' dan 'friendly user' jika dibandingkan dengan yang lama. Sama ada suka atau pun tidak, pengguna seluruh kena terima hakikat yang kini Youtube telah pun berubah wajah. Tiada jalan untuk kembali kepada yang lain. Tolong 'move on'.


Youtube Dark Theme

Masih ingat lagi tentang 'Youtube Dark Theme' yang pernah aku kongsikan dulu? Aku ada menulis satu artikel bagaimana hendak mengaktifkan 'Dark Theme' secara paksa hasil perkongian seorang ahli Reddit. Ketika itu 'Dark Theme' masih lagi dalam fasa pembangunan.

Youtube Dark Theme

Dengan perubahan baru ini, Youtube juga telah menambah 'Dark Theme' sebagai pilihan buat pengguna untuk digunakan. Jika korang tonton video kegemaran dalam keadaan dan 'feel' cinematic, aku sarankan sangat korang aktifkan 'Dark Theme'.

Untuk mengaktifkan 'Dark Theme', korang hanya perlu klik pada ikon gambar profile Youtube dan klik sahaja pada aktifkan 'Dark Theme'. Senang bukan. Kalau tak nak, tekan saja 'disabled'.

Jadi bagaimana dengan perubahan baru Youtube ini? Adakah korang dapat terima perubahan yang dilakukan oleh Youtube? Jangan lupa berikan komen korang di ruang kotak komen dibawah. Ura-ura juga mengatakan akan ada fungsi-fungsi baharu yang akan didatangkan bersama pada masa akan datang.
Advertisement

2 Komen

avatar

Yang ini aku suka dengan design youtube terbaru, simple dan smart gila..

avatar

Terbaikkan. Nampak clean je design dia. Tapi tak semua orang suka lagi pembaharuan yg dilakukan oleh Youtube ni. Dah lama2 suka la tu.

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

EmoticonEmoticon

 

Start typing and press Enter to search