Lavida Go Bola - Lagu Tema 2018 FIFA World Cup Russia oleh Dato' Seri Vida


Dato' Seri Vida bukan sahaja dikenali sebagai jutawan kosmetik malah beliau juga boleh dianggap sebagai "entertainer" di Malaysia. Mana tidaknya lagu pertama beliau iaitu "I am Me" yang telah diterbitkan oleh KRU Music menjadi trending di Malaysia dengan tontonan sebanyak 12 juta tontonan.

Pada awal Jun 2018 lalu, beliau sekali berkongsi dengan rakyat Malaysia dengan karya nyanyian beliau dengan terbitnya video muzik "Lavida Raya" bersempena dengan hari raya Aidilfitri. Muzik video tersebut telah dimuat naik melalui saluran youtube beliau sendiri iaitu DSV Entertainment.

Sekali lagi kita dihiburkan dengan muzik terbaru beliau iaitu Lavida Go Bola bersempena dengan 2018 FIFA World Cup Russia. Lagu ini mendapatkan sentuhan komposer dan juga penyanyi Cat Farish bersama dengan Mimi Fly dan Mohd Hilmi. Dato' Seri Video dalam lagunya kali ini menampilkan Mimi Fly sebagai 'rapper'.

Rentak lagu Lavida Go Bola memang kena pada tema piala dunia kali ini. Nampaknya ini adalah kali pertama tema lagu piala dunia berkumandang dalam bahasa Malaysia. Bertambah demam bola piala dunia buat mereka yang mendengarnya. Setakat ini video muzik Lavido Go Bola telah mempunyai sebanyak 500 ribu tontonan.full-width

Catat Ulasan

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

Terbaru Lebih lama