Tonton World Cup Russia 2018 Secara Langsung Pada Telefon Pintar

Tonton World Cup Russia 2018 Secara Langsung Menggunakan Telefon Pintar

Aksi Piala Dunia Russia 2018 telah pun membuka tirainya bermula pada 14 Jun 2018 lalu. Ketiadaan pasukan gergasi bola sepak dunia iaitu Itali dan Belanda membuatkan Piala Dunia Russia 2018 kali ini kurang "umppphh" sedikit.

Bercakap mengenai penyiaran Piala Dunia Russia 2018, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo telah mengotakan janjinya untuk menyiarkan perlawanan Piala Dunia 2018 secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM). Ini adalah salah satu hadiah diberikan pada mereka yang tidak mempunyai langganan Astro.

Pada yang tidak tahu, siaran langsung perlawanan Piala Dunia 2018 bukan hanya boleh ditonton di televisyen tetapi boleh juga ditonton pada telefon pintar Android dan iOS. Mudah sahaja, muat turun aplikasi "RTM Mobile" di Google Play Store dan Apple App Store.

Tonton World Cup Russia 2018 Secara Langsung Pada Telefon Pintar

Aplikasi RTM Mobile Untuk Peranti Android


Pautan Muat-turun - RTM Mobile

Aplikasi RTM Mobile Untuk Peranti iOS


Pautan Muat-turun: RTM Mobile

Tiada lagi alasan untuk tidak dapat menonton perlawanan Piala Dunia 2018 jika tidak sempat melihatnya di kaca televisyen.

Catat Ulasan

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

Terbaru Lebih lama