Kemaskini Maklumat Pendapatan PTPTN Secara Online


Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah pun mengumumkan bahawa peminjam PTPTN yang masih lagi mempunyai baki hutang dan patut bayar balik perlu mengemaskini maklumat pendapatan di portal pengemaskinian maklumat pendapatan peminjam PTPTN jika ingin membuat penangguhan bayaran.

Peminjam PTPTN diberi tempoh sehingga 9 hari untuk mengemaskini maklumat pendapatan bermula pada 16 Julai 2018 sehingga 25 Julai 2018.

PTPTN akan menganggap peminjam tidak berhasrat memohon penangguhan balik dan mereka tidak akan termasuk di dalam dasar baharu bayaran yang akan dibuat sekiranya tidak mengemas kini maklumat mereka," katanya semasa sidang media pelaksanaan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN di Menara PTPTN di sini, hari ini.
oleh Wan Saiful Wan Jan, Pengerusi PTPTN


Cara Kemaskini Maklumat Pendapatan PTPTN

Selain daripada maklumat pendapatan, peminjam juga akan diminta untuk mengemaskini maklumat lain seperti alamat kediaman terkini, nombor telefon, dan juga maklumat pekerjaan terkini.

Langkah Pertama
Sebelum itu, jika anda tidak mempunyai maklumat nombor pinjaman PTPTN. Sila hubungi talian Careline PTPTN di talian 03-2193 3000.

Langkah Kedua
Buka pautan ini Portal Pengemaskian Maklumat Pendatapan Peminjan PTPTN. Atau jika berada dihalaman utama PTPTN, cari pautan "Kemaskini Maklumat Pendapatan".

Masukkan nombor kad pengenalan dan juga nombor pinjaman PTPTN.


Langkah Ketiga
Isi segala maklumat yang dikehendaki. Pastikan semua maklumat yang sudah di isi adalah maklumat terkini. Klik hantar dan simpan atau cetak maklumat dalam format PDF.

3 Ulasan

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

  1. nasib baik dah update hari tu. cuak jugak. mana tahu kot kot tak sempat. hehe

    BalasPadam
  2. Saya terus ajak member2 mana yg tak buat lagi terus buat haritu.

    BalasPadam
  3. Salam... Terima kasih kerana sudi join Segmen Nak URL Blog #35 Mialiana.com

    Senarai peserta ada di http://www.mialiana.com/2018/07/senarai-url-blog-35.html

    Maaf sangat-sangat. Mia baru sempat nak blogwalking dan pemenang akan diumumkan pada hari ini juga.

    Semoga berjaya (^_^)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama