Touch 'n Go eWallet - Dah Boleh Periksa Baki Kad Touch 'n Go

Touch 'n Go eWallet - Periksa Baki dan Status Kad Touch n Go

Aku amat jarang sekali menggunakan kereta sebagai kenderaan utama untuk ke tempat kerja. Hanya beberapa kali dalam 3 bulan atau lebih aku akan menggunakan kereta atas urusan kerja dan travel. Selalunya kad Touch n Go akan ditinggalkan di dalam kereta untuk waktu yang agak lama. Sudah semestinya aku sebagai manusia tak akan lari dari terlupa untuk tahu berapa banyak baki kad Touch 'n Go.

Dengan adanya aplikasi Touch 'n Go eWallet, senang dan mudah untuk memeriksa baki kad Touch 'n Go dengan hanya menggunakan telefon. Tak perlu beratur panjang (kalau ramailah) di stesen minyak semata-mata untuk periksa baki. Cuma ada limitasi pada aplikasi Touch 'n Go iaitu pengguna tidak boleh membuat penambahan nilai secara terus menggunakan aplikasi tersebut. Hanya boleh periksa baki sahaja.

Touch 'n Go eWallet - Periksa Baki dan Status Kad Touch n Go


Touch 'n Go eWallet - Periksa Baki dan Status Kad Touch n Go

1. Anda boleh mendaftar kad Touch n Go dengan memasukkan "serial number" yang terpapar dibahagian belakang kad.

2. Hanya tiga (3) kad sahaja yang boleh didaftarkan. Hanya kad Touch 'n Go dan MyKad sahaja disokong untuk aplikasi ini.

3. Bagi yang menggunakan MyKad, serial number boleh didapati daripada resit tambah nilai. Sila rujuk sini untuk rujukan - MyKad Pengganti Touch N Go - Cara Periksa Transaksi Pembayaran Tol Secara Online

4. Baki kad Touch 'n Go (atau MyKad) hanya akan dikemaskini dalam masa 48 jam.


Touch 'n Go eWallet - Periksa Baki dan Status Kad Touch n Go

Touch 'n Go eWallet - Periksa Baki dan Status Kad Touch n Go

4 Ulasan

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

  1. boleh share kat kawan la. apsni tkdelah dia pening tng ada baki ke tak

    BalasPadam
  2. Masa mula-mula dilancarkan pernah install untuk dapat RM10 topup free tetapi masa itu tak banyak features. Uninstall balik. :)

    BalasPadam
  3. Saya pun jarang guna. Banyak guna pun tak tgk balance kad TNG sbb kadang2 lupa berapa tinggal.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama