Type something and hit enter

author photo
By On

Tayar adalah salah satu komponen motorsikal yang penting bagi aku terutama tentang bab keselamatan apabila menunggang dengan jarak yang jauh. Mahupun menunggang motorsikal dengan laju. Jika permukaan jalan tidak rata dan licin ketika hujan maka berteraburlah diri berserta motorsikal di atas jalan raya.

Seperti komponen motorsikal yang lain, tayar juga mempunyai jangka hayat tertentu. Selalunya bergantung kepada jenis kompaun tayar atau pun bunga (thread) tayar. Dengan jarak 200km yang aku tempuh setiap hari untuk ke tempat kerja membuatkan bunga tayar cepat haus. Terutama dibahagian tengah.

Bak kata rider diluar sana, elok sahaja bunga tayar haus mulalah rasa geli-geli ketika menunggang motor di atas jalur putih atau permukaan jalan raya yang tidak rata. Sekaligus, membuatkan nyawa rider itu sendiri berada dalam keadaan yang sangat bahaya.

Kos Untuk Menukar Sebiji Tayar Bersaiz 120/70

Memandangkan aku menggunakan motorsikal yang mempunyai tayar belakang yang agak besar sedikit iaitu saiz 120/70, kos baharu untuk sebiji tayar boleh mencecah sehingga RM 260. Ini bergantung pada jenis tayar dan brand. Harga tayar juga dipengaruhi pada kedai itu sendiri. Ada yang meletakkan harga tinggi tidak masuk akal dan ada juga yang mengikut harga pasaran.

Mengikut pengalaman yang lepas berdasarkan beberapa survey yang dibuat secara tidak ilmiah, harga tayar bersaiz 120/70 boleh didapati dengan harga dalam lingkungan RM 170 - RM 260. Paling murah aku dapat ialah tayar jenis medium compound dengan harga RM 240 di Seremban. Manakala di Kuala Lumpur pula boleh dibeli dengan harga RM 180. Perbezaan yang sangat ketara. Mungkin bergantung pada lokasi juga rasanya.

Sekarang ini dah banyak sangat kedai motorsikal yang menawarkan harga yang lebih murah dengan promosi tertentu terutama di kawasan sekitar Lembah Klang. Ini apa yang aku rasa selepas membuat survey dibeberapa kedai motorsikal di Lembah Klang. Cuma penghalangnya adalah jarak.

Tayar Baharu Sering Bocor

Pernah dua kali terjadi pada aku iaitu tayar baharu yang dibeli kerap bocor akibat daripada paku, skru, dawai dan bermacam lagi tertusuk pada tayar. Bayangkan baru sebulan menggunakan tayar baharu dah bocor. Bocor bukan kaleng-kaleng pula tu. Ada yang bocor besar, ada yang bocor kecil tapi banyak sangat bocornya sehingga tayar dah tak selamat digunakan walaupun baru lagi.

Ada beberapa penyelesaian jangka pendek pernah aku ceritakan sebelum ini dengan menampal bahagian dalam tayar dan juga membuat perlindungan berganda dengan menggunakan tyre sealant. Ada juga aku menggunakan ubat tayar (cecair) untuk menutup 5 lubang kecil. Tapi semunya hanya untuk sementara. Cara terakhir adalah dengan tukar tayar baharu. Tapi kosnya pula bikin poket abam koyak jika berlaku perkara sama dalam masa terdekat.

Beli Tayar Terpakai Sebagai Alternatif Lain Penggantian Tayar Baharu

Bila dah banyak kali tayar bocor, maka bocor juga poket tuannya. Antara alternatif lain yang boleh aku gunakan ialah dengan membeli tayar terpakai (second hand). Kos tayar terpakai (bergantung pada penjual) boleh dibeli setengah harga daripada harga tayar baharu. Soalnya adakah berbaloi dari segi harga dan kualiti tayar terpakai ini selamat digunakan kembali?

Untuk menjawap persoalan tersebut berdasarkan pengalaman aku sebelum ini dan sekarang adalah sangat berbaloi jika korang ingin mengurangkan perbelanjaan untuk membeli tayar baharu. Setakat ini aku sudah pun dua kali membeli tayar terpakai. Tayar terpakai yang aku gunakan ialah tayar yang sama aku beli baru sebelum ini dengan harga RM 80 termasuk pemasangan. Lain penjual lain harga lah kan.


Selalunya tayar yang akan dijual mempunyai bunga tayar yang masih dalam keadaan baik iaitu sekitar 70% - 90% daripada tayar baharu. Apa yang diberitahu, tayar terpakai yang akan dijual akan diperiksa terlebih dahulu sebelum ianya boleh digunakan. Penjual akan membuat QC Check keadaan tayar terpakai dan selalunya (bergantung pada penjual) mereka akan memberi sedikit penjelasan tayar yang dipilih pelanggan.

Jangka Hayat Tayar Terpakai

Apa yang boleh aku kongsikan berdasarkan pengalaman lepas dan sekarang, adalah berbaloi bagi mereka yang ingin berjimat seperti aku. Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana pula dengan jangka hayat tayar terpakai ni kan.

Aku sudah pun menggunakan tayar terpakai lebih kurang dalam 8 - 10 bulan macam tu. Dengan jarak lebih kurang 40,000km. Dari segi cengakaman tayar adalah sangat baik. Bergantung pada jenis tayar dan bunga tayar. Aku menggunkan tayar jenis hard compound iaitu tayar yang sangat baik untuk digunakan untuk travel jauh. Tetapi kurangnya apabila hujan, tayar jenis hard compound tidak mempunyai kelebihan pada cengakaman apabila jalan basah dan licin.

Untuk itu, aku menggunakan tayar hadapan dengan medium compound untuk mengimbangi cengakaman tayar. Uish ini dah macam MotoGP pula kan. InshaAllah mungkin akan datang aku akan bercerita tentang jenis tayar soft, medium dan hard.

Yes, sangat berbaloi ketika ini untuk aku selepas dua kali membuat pertukaran tayar terpakai ini. Sebenarnya sedikit sebanyak penjual terpakai ni membantu golongan seperti aku mampu untuk tukar tayar yang sudah pun haus dengan tayar terpakai dengan keadaan seperti baharu. Tidak lagi perlu risau tentang kos dan keselamatan diri atas jalan raya jika tayar dah pun tak boleh digunkan.

Jika korang mempunyai pengalaman yang sama, jom kongsikan pengalaman korang dengan komen dikotak komen dibawah ini.

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

Click to comment