Upgrade Plan Prepaid GX30 ke Postpaid P99

Upgrade Plan Prepaid GX30 ke Postpaid P99

Memandangkan aku sudah pun menamatkan langganan perkhidmatan TM Streamyx, aku mencari-cari pengganti untuk mendapatkan akses internet yang laju dan stabil. Ada juga membuat survey beberapa Telco lain tetapi liputan rangkaian agak terhad di kawasan rumah. Hanya UMobile sahaja yang mempunyai liputan rangkaian yang agak baik. Telco lain setakat ini masih lagi sama seperti 10 tahun lepas dengan liputan rangkaian yang agak terhad.

Lantaran daripada itu aku amat memerlukan pelan internet yang bagus. Senang cerita pelan internet yang mempunyai 'Data Internet' dan 'Panggilan' tidak terhad. Disamping mempunyai data internet tidak terhad pada telefon bahkan boleh membuat perkongsian internet (Mobile Hotspot) dengan data internet yang cukup banyak.

Naik Taraf Pelan Prepaid GX30 ke Pelan Postpaid P99


Setelah bertahun-tahun menggunakan pelan prepaid GX30 daripada UMobile, akhirnya aku mengambil keputusan untuk naik taraf terus kepada pelan postpaid P99. Berikut adalah 3 sebab kenapa aku menaik taraf pelan prepaid ke postpaid.

UNLIMITED Internet. Berdasarkan penggunaan data yang lepas semasa menggunakan GX30, aku telah menggunakan lebih daripada 30GB Internet data sebulan dan kelajuan internet akan dihadkan. Sejak menggunakan P99 awal tahun ini, aku dah tak perlu risau tentang hal ini.

UNLIMITED Call. GX30 mempunyai minit panggilan yang terhad. Dengan P99 aku boleh membuat panggilan tanpa terhad ke mana nombor dan Telco yang lain atas urusan kerja atau pun keluarga.

30GB Mobile Hotspot. Tak cukup dengan hanya 3GB Mobile Hotspot. Aku kerap juga membeli 3GB Mobile Hotspot tambahan apabila kapasiti asal sudah dihabis guna. Ada masa 3GB yang dibeli tidak habis diguna dalam masa 3 hari. Agak rugi disitu. Dengan pelan postpaid sekarang aku tidak perlu risau lagi tentang kuota mobile hotspot. Sekarang dengan sewenang-wenangnya kongsi internet dengan Smart TV dan Komputer.

Upgrade Plan Prepaid GX30 ke Postpaid P99

Internet Download Speed P99


Sebenarnya sudah banyak kali aku membuat aduan pada UMobile berkenaan Internet Speed yang tidak stabil. Walaupun simbol 4G LTE keluar, internet masih perlahan. Tengok mood agaknya UMobile ni.

Upgrade Plan Prepaid GX30 ke Postpaid P99
Rekod Download Speed P99

Setakat ini aku masih berpuas hati dengan Internet Speed yang ditawarkan. Lagi pun aku tidak mempunyai pilihan lain selain menggunakan UMobile. Tunggu Telco lain pacak menara mereka depan rumah aku lepas ini.

Catat Ulasan

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

Terbaru Lebih lama