Jom Tebus RM30 e-Tunai Rakyat Bermula Pada 15 Januari 2020

Jom Tebus RM30 e-Tunai Rakyat Bermula Pada 15 Januari 2020

Bermula esok iaitu pada 15 Januari 2020, rakyat Malaysia boleh membuat penebusan e-Tunai Rakyat sebanyak RM 30 melalui salah satu aplikasi e-Wallet seperti Touch ’n Go (TNG) eWallet, Boost, dan GrabPay.Kerajaan Malaysia telah memperuntukan sebanyak RM450 juta kepada mereka yang layak untuk menggalakkan penggunaan e-Wallet.

Siapakah Yang Layak Menerima e-Tunai Rakyat


  • Rakyat Malaysia
  • Mestilah berumur 18 tahun dan ke atas bagi tahun 2020
  • Mempunyai pendapatan tahunan kurang daripada RM 100,000

Syarat kelayakan di atas juga layak kepada mereka yang tidak bekerja, pelajar, pesara dan lain-lain selagi syarat di atas dipenuhi.

Jadi kepada korang yang belum lagi memuat turun aplikasi GrabPay, Boost, dan Touch 'n Go (TNG) eWallet, sila cepat-cepat muat turun. Tapi perlu di ingat, korang hanya boleh membuat penebusan atau permohonan melalui salah satu aplikasi eWallet sahaja. Inisiatif ini akan berakhir pada 14 March 2020.

Baca lagi: MyKad Pengganti Touch N Go - Cara Periksa Transaksi Pembayaran Tol Secara Online

Bagaimana Untuk Menebus RM30 e-Tunai Rakyat Melalui Aplikasi GrabPay, Boost, dan Touch 'n Go (TNG) eWallet.


Bagi korang sudah pun mempunyai salah satu akaun untuk tiga aplikasi tersebut, apa yang perlu korang lakukan ialah tunggu sahaja untuk tebus RM30 e-Tunai Rakyat melalui notifikasi yang dipaparkan.

Untuk langkah secara terperinci boleh lihat infografik dibawah.

Jom Tebus RM30 e-Tunai Rakyat Bermula Pada 15 Januari 2020

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi:

Boost - Tuntut RM30 e-Tunai Rakyat Dari App E-Dompet Boost

Touch 'n Go eWallet - e-Tunai Rakyat - TNG Digital - Touch 'n Go eWallet

GrabPay - Grab e-Tunai Rakyat

Catat Ulasan

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

Terbaru Lebih lama