Beli Cukai Jalan dan Insurans Motorsikal Secara Online

Beli Cukai Jalan dan Insurans Motorsikal Secara Online

Dah masuk tahun 2020 ni kalau boleh semua benda nak buat secara online. Termasuklah nak perbaharui cukai jalan dan insurans motorsikal. Tidak perlu lagi pergi ke kedai motorsikal untuk memperbaharui cukai jalan dan insurans. Jimat masa dan tenaga.

Baru-baru ini sahaja aku terjumpa salah satu laman web yang menyediakan perkhidmatan memperbaharui cukai jalan dan insurans selain daripada MyEG. Melalui laman web tersebut korang tak perlu membuat pendaftaran dan boleh meminta untuk sebut harga dahulu. Rasa-rasa nilai "coverage" yang ditawarkan agak menarik barulah buat pembayaran terus.

$ads={1}

Beli Cukai Jalan dan Insurans Motorsikal Secara Online

Beli Insurans Terlebih Dahulu, Baru Boleh Beli Cukai Jalan

Cukai jalan tidak dapat diperbaharui jika insurans tidak dibeli terlebih dahulu. Laman web tersebut memberikan kita pilihan secara penuh sama ada untuk membeli insurans 'comprehensive' atau 'third-party'. Jadi buatlah pilihan yang bijak.

Sebelum boleh membuat pembelian insurans, berikut adalah perkara yang perlu korang perlu ada sebelum mengisi maklumat untuk mendapatkan sebut harga insurans.


  • Tarikh Luput Insurans dan Cukai Jalan
  • Maklumat Motorsikal (seperti jenis buatan, Model, Tahun dibuat, CC Engine)


Untuk maklumat motorsikal jika tidak tahu, boleh lah rujuk pada geran motorsikal. Semua maklumat boleh diambil daripada situ. Perkara paling penting ialah kalau nak dapatkan harga insurans termasuk dengan No claim discount (NCD), masukkan sekali nombor chasis dan enjin. Jika tidak, harga tidak termasuk NCD.

Untuk membuat pembelian insurans secara online, korang perlu tahu berapa nilai pasaran motorsikal korang untuk tahun tersebut. Kalau motor baharu, aku sarankan lebih baik buat dikedai motorsikal. Nanti kalau terkurang "Sum Insured", terjadi pula kemalangan (total lost) susah pula nak buat claim.


Cover Note Insurans dan Cukai Jalan

Setelah selesai membuat pembayaran, cover note insurans akan dihantar melalui email. Jadi simpanlah elok-elok dalam komputer atau phone.

Beli Cukai Jalan dan Insurans Motorsikal Secara Online

Laman web tersebut memberikan kita pilihan sama ada boleh beli terus atau pun tidak. Pilihan di tangan korang. Jika korang tidak mahu, boleh saja beli cukai jalan di mana-mana pejabat POS yang terdekat dengan menunjukkan cover note insurans.

Catat Ulasan

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

Terbaru Lebih lama