Dapat Diskaun 10% dan Cash Back Apabila Beli Insurans Kereta Secara Online

Dapat Diskaun 10% dan Cash Back Apabila Beli Insurans Kereta Secara Online

Selain daripada boleh perbaharui insurans kereta secara online di MyEG, terdapat beberapa lagi platform seperti di Ringgit Plus dan Bjak.my. Seperti tahun yang lepas, aku memperbaharui insurans kereta secara terus di laman web Takaful Malaysia.

Apa yang menarik ialah pengguna kereta diberikan diskaun sehingga 10%. Bahkan pengguna kereta yang membeli insurans kereta di Takaful Malaysia diberikan cash back jika tiada sebarang tuntutan yang dilakukan.

Dapat Diskaun 10% dan Cash Back Apabila Beli Insurans Kereta Secara Online


Apa yang lebih menarik lagi pembelian insurans dengan Takaful Malaysia, korang juga akan dapat mata ganjaran daripada kerjasama pihak Takaful Malaysia dan 8Excite Loyalty. Setiap kali pembelian insurans kereta dilakukan, korang akan dapat mata ganjaran. Mata ganjaran tersebut boleh digunakan untuk ditolak daripada harga insurans yang dibeli.

Dapat Diskaun 10% dan Cash Back Apabila Beli Insurans Kereta Secara Online

Bayangkan dengan NCD ditambah pula dapat 10% diskaun dan mata ganjaran 8Excite Loyalty, menjadikan harga insurans kereta lebih murah tanpa mengusik harga "sum insured" kereta. Menarik bukan. Selepas setahun jika tiada tuntutan dibuat dapat pula 'Cash Back".

Kepada korang yang rasa tawaran yang dibuat oleh Takaful Malaysia ini agak menarik, pergilah ke laman web Takaful Malaysia dan daftar. Mudah saja untuk dapatkan sebut harga. Korang juga diberikan kebebasan untuk membuat beberapa tambahan pada insurans kereta. Nak kurang boleh nak tambah pun boleh.

Catat Ulasan

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

Terbaru Lebih lama