Cara Mudah Renew Insurans Motorsikal Secara Online

Cara Mudah Renew Insurans Motorsikal Secara Online

$ads={1}

Memandangkan Malaysia sekarang tengah dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jadi tak banyak premis seperti kedai motorsikal, syarikat insurans, pejabat POS mahupun kaunter JPJ dibuka untuk memperbaharui cukai jalan dan juga insurans motorsikal. Jalan penyelesaian yang terbaik adalah dengan memperbaharui insurans secara online.

Seperti yang diberitahu oleh Menteri Pengangkutan, rakyat boleh menangguhkan untuk memperbaharui cukai jalan tetapi insurans perlu dihidupkan. Kiranya kenderaan kita masih lagi dilindungi oleh insurans jika berlaku apa-apa kemalangan.

Seperti artikel aku sebelum ini, aku pernah kongsikan pengalaman aku memperbaharui insurans dan cukai jalan secara online menggunakan perkhidmatan pihak ketiga iaitu Loanstreet. Kali ini aku akan kongsikan beberapa laman web yang menyediakan perkhidmatan yang sama.


Cara Mudah Untuk Memperbaharui Insurans Motorsikal Secara Online

Tak kira jenis kenderaan, apa pun insurans perlu dihidupkan terlebih dahulu. Kemudian baru boleh hidupkan cukai jalan. Memandangkan tak boleh hidupkan cukai jalan, kita teruskan cara nak hidupkan insurans.

Berikut adalah antara laman web yang menyediakan perkhidmatan untuk memperbaharui insurans motorsikal.

Loanstreet.com.my - Cover note Insurans boleh dapat dengan segera selepas maklumat, harga dipersetujui dan pembayaran telah dibuat.

Berjaya Sompo Insurance - Sebut harga (quotation) tidak boleh dapat secara terus selepas maklumat seperti No. K/P, Post Code, No. Motorsikal dlln di isi. Customer service akan menghubungi selepas maklumat tersebut diberikan.

Etiqa Motor Takaful - Tidak boleh renew Insurans jika tamat tempoh cukai jalan dan insurans melebihi 30 hari.

Bjak - Setelah maklumat di isi, sebut harga (quotation) akan dihantar melalui email/WhatsApp. Klik pautan yang diberikan untuk melihat beberapa perbandingan harga daripada beberapa pihak Insurans. Sebut harga hanya sah dalam masa 48jam sahaja.

Apa Yang Diperlukan Untuk Memperbaharui Insurans Motorsikal


Sebenarnya ada beberapa lagi perkhidmatan pihak ketiga tetapi aku senaraikan mana yang perlu sahaja. Buat pengetahuan korang, Myeg tidak mempunyai perkhidmatan untuk perbaharui insurans motor. Hanya kereta sahaja.

Ada beberapa perkara yang perlu korang ada sebelum nak menghidupkan insurans motorsikal antaranya ialah:

Tarikh Luput Cukai Jalan dan Insurans - Tidak seperti kereta, insurans motorsikal perlu disambung selepas tarikh luput. Tidak dibernarkan sama sekali untuk menunda tarikh. Jika lupa tarikh luput, boleh periksa di laman web JPJ.
    Geran Motor - Seperti Loanstreet memerlukan No Enjin dan No. Maklumat ini diperlukan memeriksa jika terdapat Non-Claim Discount (NCD). Ada sesetengah insurans sudah pun mempunyai maklumat tersebut tanpa perlu di isi.
      Perlu tahu Sum Insured - Ini agak leceh sedikit sebab kita sebagai pengguna motorsikal sendiri tidak tahu berapa yang harga Sum Insured yang perlu diletak. Sebab perlu tahu harga pasaran motorsikal pada waktu itu. Ini terpulang pada empunya jika mahu Sum Insured diubah mengikut harga loan motorsikal atau tidak.

      Korang boleh cuba salah satu pihak ketiga atau pihak insurans yang aku senaraikan tadi. Cuma cara mereka kendalikan sebut harga (quotation) agak berlainan sedikit. Aku lebih suka gunakan Loanstreet.

      Hidupkan Cukai Jalan Selepas Habis Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

      Setelah tamat PKP apa yang perlu korang buat ialah hidupkan cukai jalan. Pergilah ke kaunter yang menyediakan perkhidmatan menghidupkan cukai jalan seperti pejabat pos dan JPJ.

      Pastikan korang membawa salinan cover note Insurans atau e-cover insurans ketika membuat pembaharuan cukai jalan.

      3 Ulasan

      Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

      © Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

      Terbaru Lebih lama