Tak Aktif Blog Tapi Income Google Adsense Berjalan Seperti Biasa

 

Lama sudah tak menulis dalam blog ni. Last post pun bulan March 2020. Lama jugak tu!!

Masih ada lagi satu post yang masih dalam draft. Nak sambung tapi macam tak ada semangat nak menulis. Kadang kering idea pun ada jugak.

Moga-moga dengan first post untuk tahun 2021 ni membuka pintu semangat untuk menulis dan merapu disini lagi. Ahakss!!!

Dalam tempoh berhibernasi daripada blog, banyak juga perubahan yang berlaku pada platform Blogspot ni. Dashboard dah berubah...Editor ni pun dah berubah dari segi interface. Menakjubkan.

Walaupun tak aktif sangat menulis, benda yang aku paling suka ialah ada antara post aku yang masih lagi menarik perhatian orang ramai. 

Berdasarkan data dari goole analytics, kebanyakan yang datang dari 'Organic Search'. Bukannya followers blog ini. 

Peratus 'Organic Search' agak tinggi setiap bulan. Kebanyakan post aku berkaitan dengan motor. Ada 4 top post yang berkaitan pasal motor.

Antara benda yang buat aku tersenyum lagi walaupun berhibernasi dengan lama adalah income Google Adsense sentiasa berjalan dengan perlahan dan steady naik sikit tahun demi tahun. Syukur alhamdulillah.








Since aku pun letak payment threshold USD 100, makanya bulan ni dah boleh cashout. Dan ini adalah kali ke-4 dapat income daripada Google Adsense. Tempoh daripada income ketiga sehingga sekarang memakan masa selama 10 bulan untuk capai lebih daripada USD 100.

Insha Allah kalau rajin, mungkin aku akan sambung balik draft post yang dah terbiar selama 11 bulan. Apa-apa pun kepada yang baca ni, jaga penjarakan sosial dan pakai mask bila berada di kawasan terbuka dengan ramai orang okay!!!

Catat Ulasan

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

Terbaru Lebih lama