Travel Ke Tempat Kerja Sejauh 1000km Setiap Minggu Menggunakan Motorsikal

Travel Ke Tempat Kerja Sejauh 1000km Setiap Minggu Menggunakan Motorsikal

Travel menggunakan motorsikal dari rumah ke tempat kerja sejauh hampir 200 km setiap hari bukan perkara yang mudah. Dalam seminggu sahaja jarak yang dilalui ialah 1000 km. Penat sudah tentu. Tetapi lama-kelamaan perkara itu sudah biasa.

Bagi mereka yang menggunakan motorsikal sebagai kenderaan utama untuk pergi ke tempat kerja (khusus kepada buat perjalanan jarak jauh) sudah tentu kos adalah perkara utama. Banyak kos dapat dijimatkan dengan menunggang motorsikal. Terutama dari segi kos minyak, tol dan kos selenggara.

Tapi perlu di ingat, soal keselamatan perlu di ambil kira juga. Ini kerana penunggang motorsikal terdedah kepada bahaya di atas jalan raya. Bukan sahaja dengan kenderaan empat roda bahkan keadaan cuaca, jalan dan sebagainya boleh meragut nyawa.

Tips Travel Ke Tempat Kerja 200 km Sehari

Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana aku boleh hadap dan tahan travel sejauh 200 km sehari. Semuanya bergantung pada diri sendiri. Mula-mula memanglah letih. Bila sudah lama membuat perjalanan jauh, benda ini dah jadi benda biasa.

Aku kongsikan sedikit tips travel ke tempat kerja menggunakan motor sejauh 200 km sehari.

Rancang Perjalanan 

Tak kiralah nak pergi ke tempat kerja atau tidak, perkara pertama harus dilakukan ialah membuat perancangan awal dari segi masa.

Buat Pemeriksaan Awal Keadaan Motorsikal

Ini adalah perkara utama sekali. Pastikan keadaan motorsikal dalam keadaan baik. Periksalah tayar, rantai, dan lain-lain sebelum memulakan perjalanan.

Jangan Tengok Masa

Agak pelik kenapa tak boleh tengok masa? Mungkin tidak logik bila difikirkan tetapi ianya membantu kita. Terutama mental si penunggang motor. Kadang-kadang bila tengok jam, rasa seperti masa berjalan dengan lambat.

Jangan Kira Jarak Perjalanan

Memang kita dah tahu jarak perjalanan sebenar. Tapi kadang-kadang ia mengusik mental kita sebenarnya. Semakin kita kira jarak perjalanan kadang-kadang terasa jauh pula tempat yang ingin dituju. Ia sama juga seperti dengan jangan tengok masa.

Jangan "Rushing" ke Tempat Kerja

Terlambat? Selalunya bila dah terlambat, sudah semestinya kita akan kelam kabut bila menunggang motorsikal. Dalam pada masa yang sama, kita akan cenderung untuk menunggang dalam keadaan bahaya. Kalau boleh menungganglah dengan berhemah. Sedikit kesilapan atas jalan raya pasti akan membawa padah. Ingat!!!

Berdoa

Sebagai orang Islam, bacalah doa naik kenderaan dan juga minta pada Allah SWT supaya melindungi kita dari sebarang malapetaka yang tidak di ingini.

Rehat Yang Secukupnya

Dah selesai membuat perjalanan sejauh 200 km, rehatlah. Pastikan dapat tidur yang cukup dan berkualiti.

4 Ulasan

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

  1. Salam Jia..kak lya singgah sini..wah blog baru ke ni..Kka lya dah follow Jia..Follower ke 3 ...yahoo..bak mari hadiah sbb jadi follower ke tiga hehehe..anyway semoga terus sukses dlm dunia blogging ya Jia..Insyaallah kak lya akan terus singgah sini utk masa2 akan dtg..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yups blog baru. Blog lama dah delete tanpa sengaja.

      Padam
Terbaru Lebih lama