Kaspersky Free Mula Mengesan CCleaner Sebagai Malware

Kaspersky Free Mula Mengesan CCleaner Sebagai Malware

Berdasarkan portal lama web Amanz.my melaporkan bahawa CCleaner telah digodam melalui artikel mereka iaitu CCleaner Digodam - Semak Pemasangan CCleaner Pada Komputer Anda. Beberapa minit yang lepas, antivirus Kaspersky Free telah mengesan CCleaner sebagai malware pada komputer yang sedang aku gunakan. Ianya dikesan sebagai 'Backdoor.Win32.InfeCleaner.a'.

Sewaktu Kaspersky Free mula mengesan, aku dapati sesetengah perisian atau aplikasi yang ada tidak dapat digunakan ketika antivirus mula 'disinfected' malware tersebut. Mungkin ini adalah salah satu cara Kaspersky Free mula membasmi dengan menyekat daripada pengguna terus menggunakan perisian atau aplikasi agar malware tidak terus membiak dengan cepat.

Kaspersky Free Mula Mengesan CCleaner Sebagai Malware

Kaspersky Free Mula Mengesan CCleaner Sebagai Malware

Apa Yang Akan Berlaku Jika Malware Daripada CCleaner Menjangkiti Komputer

Apa yang aku baca melalui laman web rasmi Piriform, mereka memberitahu komputer yang dijangkiti malware melalui CCleaner akan mencipta 'unique identifier' pada nama komputer, perisian termasuk Windows Updates, windows running process, MAC Address dan lain-lain.

Walaupun diberitahu ianya bukanlah ancaman besar terhadap komputer korang, aku sarankan untuk korang uninstall atau kemaskini perisian CCleaner versi terkini. Ini untuk mengelakkan malware daripada bertindak dengan pantas.

1 Ulasan

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

Terbaru Lebih lama