Semak Mata Ganjaran Kad Mesra Petronas Menggunakan Aplikasi Petronas Pitstop


Setiap kali berkunjung ke stesen minyak Petronas untuk mengisi minyak motor perkara wajib yang perlu diserahkan di kaunter juruwang selain duit adalah kad Mesra Petronas. Setiap hari aku memperuntukkan RM14 untuk mengisi minyak motor untuk pergi ke tempat kerja dan adalah sangat rugi jika tidak membuat penambahan mata ganjaran usai membayar duit untuk mengisi minyak.


Ada sesetengah stesen minyak akan memberi resit penyata mata ganjaran Kad Mesra Petronas berdasarkan permintaan. Jadi agak leceh sebenarnya untuk mengetahui sudah berapa banyak sebenarnya mata ganjaran yang sudah terkumpul.

Baca: PETRONAS Kad Mesra Patah dan Rosak, Ini Cara Pindahkan Kad Mesra Points Pada Kad Baru

Mujur dengan adanya aplikasi Petronas Pitstop membolehkan aku menyemak mata ganjaran Kad Mesra Petronas menerusi telefon. Sebenarnya aplikasi ini telah lama dilancarkan pada tahun 2014 oleh Petronas Dagangan Berhad. Cuma baru-baru ini sahaja terdetik dihati mencari aplikasi yang memudahkan untuk menyemak mata ganjaran tanpa perlu pergi ke stesen minyak.


Daftar Kad Mesra Menggunakan Petronas Pitstop

Terdapat tiga (3) cara untuk mendaftar Kad Mesra Petronas iaitu daftar mengunakan SMS, melalui laman web atau dengan menghubungi MESRALINK. Bagi aku cara paling mudah ialah menggunakan aplikasi Petronas Pitstop. Jika korang sudah pun berdaftar melalui laman web lagi mudah. Gunakan sahaja email dan password sedia ada.


Ada Apa Lagi Dengan Petronas Pitstop?

Selain daripada boleh menyemak jumlah mata ganjaran, Petronas Pitstop mempunyai fungsi dimana memudahkan pengguna untuk mengetahui lokasi stesen minyak Petronas, harga minyak terkini, membuat pemindahan mata ganjaran dan juga membuat penggantian kad.


Kenapa Nak Tahu Sangat Mata Ganjaran Kad Mesra Petronas?

Mata ganjaran yang dikumpul bukan saja-saja nak simpan tetapi boleh juga digunakan untuk membuat penebusan minyak petrol. Zaman tiada lagi aplikasi sebegini, memang kena pergi ke kaunter and tanya cashier berapa mata ganjaran yang ada dan berapa banyak boleh ditebus dengan minyak petrol. Agak leceh bukan.


Korang boleh akses dan tengok mata ganjaran Kad Mesra Petronas tanpa perlu pun pergi ke kaunter. Swipe sahaja kad Mesra di pam minyak mengikut had yang korang sendiri nak. Setiap 100 mata ganjaran, boleh dapat RM1. Jadi bila dah 3000 mata ganjaran, boleh isi minyak dalam RM 30. Jimat dah disitu. Tak perlu keluarkan duit untuk isi minyak.

3 Ulasan

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

  1. Wah! nak daftar jugaklah senang nak check mata ganjaran nanti

    BalasPadam
  2. saya nak daftar jugak senang nak check point kad mesra Petronas.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama