Sejauh Mana Rantai Motorsikal Jenis O-Ring Boleh Bertahan

Sejauh Manakah Rantai Motorsikal Jenis O-Ring Boleh Bertahan

Setelah setahun lebih menggunakan rantai motorsikal jenis O-Ring, ternyata aku amat berpuas hati dengan prestasi rantai tersebut walaupun harganya agak mahal sedikit dari harga rantai biasa. Jika hendak dibandingkan dengan rantai biasa.

Baca: Ramai Yang Tidak Ambil Berat Tentang Penjagaan Rantai Motorsikal

Antara kelebihan rantai motorsikal jenis O-Ring jika hendak dibandingkan dengan rantai biasa yang aku paling gemar sekali ialah tidak perlu ketatkan rantai begitu kerap.

Berdasarkan pengalaman sepanjang penggunaan rantai O-Ring tersebut, rantai tidah mudah kendur. Jadi sebagai pemilik motor, tak perlu lagi pergi ke kedai motor setiap minggu (berdasarkan penggunaan lasak) untuk mengetatkan rantai.

Sebagai contoh sebelum ini, rantai motorsikal yang biasa hanya mampu bertahan sehingga 3 bulam sahaja. Yang mana setiap hari (5 hari seminggu), aku membuat perjalanan ke tempat kerja sejauh 200KM (pergi dan balik) dengan kelajuan maksimum 145km/h. Selepas sebulan, rantai biasa akan kendur dan kebiasaanya selepas itu setiap semingu perlu untuk mengetatkan rantai.

Bagi yang tak tahu rupa bentuk rantai motorsikal jenis O-Ring, boleh lihat gambar dibawah. Lihat betul-betul pada rantai, terdapat getah berwarna hitam antara celah plate (dalam dan luar) rantai.


Sumber gambar oleh Motorsport.com











Sejauh Manakah Rantai Motorsikal Jenis O-Ring Boleh Bertahan

Berdasarkan pengiraan secara kasar, rantai O-Ring yang aku gunakan sudah mencecah jarak perbatuan (mileage) sebanyak 74,400km. Dalam tempoh tersebut aku tidak pernah menghantar motor ke kedai untuk mengetatkan rantai.

Pengiraan Secara Kasar:
Tempoh: 1 July 2018 sehingga 24 Disember 2019
Bilangan Hari Kalender (tidak termasuk PH, Sabtu dan Ahad): 372 Hari
Jarak Perbatuan Sehari: 200KM (Port Dickson - Damansara - Port Dickson)
Jumlah Jarak Perbatuan Ditempuh: 372 Hari x 200KM = 74,400KM

Melihat kepada pengiraan tersebut, ternyata rantai motorsikal jenis O-Ring mempunyai ketahanan yang kuat untuk penggunaan lasak. Jadi dengan kualiti sebegitu dengan harga yang mahal daripada rantai biasa amatlah berbaloi untuk digunakan.

Pengiraan jarak perbatuan dan juga tempoh yang aku kongsikan adalah pengalaman peribadi yang mana adalah benda yang subjektif. Ini kerana setiap penunggang motor ada gaya tersendiri dalam mengendalikan motorsikal. Kalau jenis yang tak sesah motor dengan laju, mungkin boleh bertahan lebih lama.


Rantai Perlu Dicuci dan Diletakkan Pelincir

Walaupun begitu, rantai perlu dijaga dengan rapi agar tempoh ketahanannya dapat dipanjangkan dan dikekalkan untuk tempoh yang lama. Resepinya sangat mudah iaitu dengan mencuci rantai menggunakan bahan yang sesuai. Perlu di ingat, rantai jenis O-Ring tidak boleh dicuci dengan bahan yang jenis menyerap seperti DW40, Petrol dan sebagainya.

Tidak lupa juga, selepas sahaja rantai dicuci bersih jangan lupa untuk meletakkan bahan pelincir yang bersesuaian. Elakkan dari menggunakan WD40 atau Minyak Enjin (Minyak Hitam) sama ada baru atau pun terpakai. 

Bagaimana hendak tahu bila boleh dicuci? Senang sahaja, lihat sahaja pada kotak pembungkusan rantai tersebut. Seperti rantai yang aku gunakan sekarang, setiap 500KM rantai perlu dicuci. Ini bergantung pada pengeluar rantai. Paling senang ialah tengok saja pada rantai. Kalau dah berdaki sangat teruk, cuci dan sental dengan segera.

Jadi aku nak sarankan pada semua rider diluar sana jika korang menempuh jarak yang begitu jauh setiap hari, melaburlah sedikit duit untuk beli rantai jenis O-Ring. Keputusannya sangat puas hati dengan ketahanan dan juga kurang nak diselenggara (ketatkan rantai).

Nota Editor: Aku sudah pun set kan jarak perbatuan untuk mengukur jarak rantai O-Ring (yang baru ditukar) menggunakan meter digital (Trip 2). Harap dapat bacaan yang lebih tepat selepas ini. Maknanya kena tunggu setahun lagi nampaknya.

2 Ulasan

Sekiranya ada artikel yang diolah semula, sumber akan dinyatakan. Artikel yang tidak disertakan sumber adalah hak milik The Ariazir. Sekiranya anda ingin mengulang siar artikel The Ariazir, sila hubungi The Ariazir terlebih dahulu.

© Hakcipta terpelihara The Ariazir 2017

Terbaru Lebih lama